Images
  • central business district
    Kawasan bisnes Singapura. (Gambar: Ngau Kai Yan)

MAS terima maklum balas positif garis pandu tawaran token digital

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menerima maklum balas positif terhadap garis panduan tawaran token digital yang dikeluarkan Rabu lalu (8 Nov).

Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam berkata langkah itu dianggap meletakkan MAS di hadapan kebanyakan penguasa kewangan yang lain.

Beliau berkata demikian selepas mengunjungi gerai-gerai pameran di Festival FinTech Singapura.

Menurut beliau kebanyakannya adalah pemaju inovasi dan usahawan yang mahu menggunakan teknologi bagi memenuhi keperluan rakyat.

FinTech katanya berpotensi memenuhi matlamat ini.

Turut berkunjung ke festival itu ialah Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan yang turut mencuba beberapa huraian inovatif dalam industri yang dipamerkan.

- CNA/MM/sm

Komen Anda?

Top