Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

MAS perkenal skim geran baru untuk imbangi kos bon hijau

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) akan memperkenalkan skim Geran Bon Hijau pada tahun ini untuk mengimbangi kos syarikat yang mengeluarkan bon-bon yang mampan, menurut Menteri Kedua Kewangan Lawrence Wong pada Khamis (23 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
MAS perkenal skim geran baru untuk imbangi kos bon hijau

Logo MAS. (Gambar: REUTERS/Edgar Su/Files)

Diterbitkan : 23 Mar 2017 02:05PM Dikemas Kini : 23 Mar 2017 05:56PM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) akan memperkenalkan skim Geran Bon Hijau pada tahun ini untuk mengimbangi kos syarikat yang mengeluarkan bon-bon yang mampan, menurut Menteri Kedua Kewangan Lawrence Wong pada Khamis (23 Mac).

Bon hijau adalah instrumen hutang dengan hasil penjualannya diperuntukkan bagi projek-projek yang bermanfaat untuk alam sekitar, seperti yang digunakan untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.

Semasa berucap di persidangan sempena Ulang Tahun ke-20 Persatuan Pengurusan Pelaburan Singapura, Encik Wong berkata geran baru itu ditawarkan kerana bank pusat mahu menggalak pembangunan tanda aras yang lebih pelbagai, dana dan produk-produk yang dapat memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Pasaran bon hijau global berkembang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sehingga mencecah lebih AS$80 bilion (S$112 bilion) pada 2016, menurut menteri tersebut, sambil menambah bahawa pasaran itu semakin berkembang di Asia.

Menurut Encik Wong, MAS akur bahawa pengeluar bon hijau mungkin harus menanggung kos tambahan sedang ia mendampingi penyemak luar bagi menentukan status bon hijau.

Skim Geran Bon Hijau dijangka akan dapat mengimbangi 100 peratus kos untuk mendapatkan semakan luar bagi bon hijau yang layak ditawarkan, sehingga S$100,000 bagi setiap tawaran bon.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan