Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Landing Pad' dibuka, beri peluang syarikat Australia manfaatkan ekosistem S'pura

Kerjasama dua hala antara Singapura dan Australia dalam ruang syarikat permulaan melangkah setapak lagi dengan pembukaan 'Landing Pad'.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Mar 2017 08:32PM Dikemas Kini : 13 Mar 2017 09:41PM

SINGAPURA: Kerjasama dua hala antara Singapura dan Australia dalam ruang syarikat permulaan melangkah setapak lagi dengan pembukaan 'Landing Pad'.

Bertempat di hab keusahawanan LaunchPad@one-north, kemudahan tersebut memberi peluang kepada syarikat-syarikat permulaan Australia yang bersedia bagi pasaran, untuk memanfaatkan ekosistem Singapura yang menyokong syarikat-syarikat sedemikian.

'Landing Pad' dibuka rasmi oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan, S Iswaran, dan Menteri Ehwal Luar dan Perdagangan Australia, Julie Bishop.

Salah satu daripada empat syarikat Australia yang bertempat di 'Landing Pad' adalah Hipflask.

Hipflask merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna mengikuti acara-acara gaya hidup terkini. Ia juga membolehkan para penganjur acara memasarkan dengan lebih baik kepada golongan yang disasarkan.

'Landing Pad' memberi usahawan Australia akses kepada peluang-peluang pembangunan perniagaan, pelaburan dan bimbingan yang dimanfaatkan syarikat-syarikat Singapura, seperti InvitroCue.

Kerjasama Singapura dan Australia itu bertujuan menggalak peraliran bebas serta pertukaran maklumat dan idea bagi memupuk inovasi.

Ia menyediakan firma-firma baru dari kedua-dua negara ruang fizikal untuk bekerja dan bermain.

'Landing Pad' merupakan sebuah inisiatif di bawah Perkongsian Strategik Menyeluruh Singapura dan Australia yang ditubuhkan pada tahun 2015. Tumpuan perkongsian ini adalah kerjasama dalam bidang sains, teknologi, dan inovasi.

Singapura menjadi tuan rumah bagi inisiatif 'Landing Pad' yang kelima Australia.

Australia merancang menambah jumlah syarikat permulaannya di 'Landing Pad' Singapura kepada 10. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan