Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Keuntungan operasi suku ketiga SIA naik 1.7%

Singapore Airlines (SIA) melaporkan kenaikan 1.7 peratus bagi keuntungan operasinya untuk suku ketiga hari ini (7 Feb). 

Anggaran Waktu Membaca:
Keuntungan operasi suku ketiga SIA naik 1.7%

Seorang lelaki di kaunter khidmat pelanggan Singapore Airlines Lapangan Terbang Changi. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 07 Feb 2017 09:19PM Dikemas Kini : 07 Feb 2017 09:20PM

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) melaporkan kenaikan 1.7 peratus bagi keuntungan operasinya untuk suku ketiga hari ini (7 Feb).

Ini dibantu oleh pertumbuhan kargo dan pesanan pos yang tidak dijangka, sementara kos bersih minyak mencatat kejatuhan.

SIA mencatat keuntungan S$293 juta bagi tiga bulan yang berakhir 31 Disember 2016, naik S$5 juta berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Syarikat itu berdepan dengan tekanan atas tuntutan yang semakin kurang bagi perjalanan jauh dan khidmat penuh di tengah-tengah persaingan daripada syarikat-syarikat penerbangan murah dan rangkaian syarikat penerbangan Timur Tengah.

Keuntungan operasi pada jenama utama SIA jatuh 16.6 peratus kepada S$151 juta.

Keuntungan syarikat penerbangan serantau SIA, Silkair, jatuh 9.1 peratus, dan keuntungan kedua-dua anak syarikat SIA, Tiger Airways dan Scoot mencecah paras antara mendatar dan naik sedikit. 

Sumber : Reuters/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan