Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Keuntungan M1 jatuh 16% bagi tahun kewangan 2016

Ini berlaku sedang khidmat telekomunikasi tradisional terus terjejas oleh khidmat over-the-top (OTT).

Anggaran Waktu Membaca:
Keuntungan M1 jatuh 16% bagi tahun kewangan 2016

Gambar fail kedai M1. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 24 Jan 2017 07:19PM Dikemas Kini : 24 Jan 2017 07:20PM

SINGAPURA: Syarikat telko tempatan M1 mencatat kemerosotan 2 peratus dalam hasil perkhidmatan bagi tahun kewangan 2016.

Ini berlaku sedang khidmat telekomunikasi tradisional terus terjejas oleh khidmat over-the-top (OTT).

Dalam satu kenyataan media hari ini (24 Jan), M1 menyatakan hasil perkhidmatan bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2016 ialah S$805.5 juta.

Khidmat tetap, bagaimanapun, terus mencatat pertumbuhan kukuh dengan hasil pendapatan meningkat sebanyak 21.4 peratus kepada S$104.2 juta.

Ini membentuk 12.9 peratus hasil perkhidmatan berbanding 10.4 peratus setahun lalu.

M1 menambah pertumbuhan itu disebabkan lebih ramai pelanggan rumah, korporat dan Pemerintah.

Sementara itu, untung bersih selepas cukai jatuh 16.1 peratus berdasarkan tahun ke tahun kepada S$149.7 juta.

M1 menyatakan ia disebabkan "hasil pendapatan lebih rendah daripada panggilan antarabangsa dan hasil perayauan (roaming), dan juga kenaikan pada susut nilai dan pelunasan belanja daripada aset tetap yang lebih bernilai berkaitan dengan 4G, pemerolehan spektrum tambahan dan perkhidmatan baru". 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan