Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Keuntungan bersih Singtel naik 2% pada suku ketiga

Singtel hari ini (9 Feb) melaporkan keuntungan bersih yang meningkat dua peratus kepada $973 juta pada suku ketiga berbanding tempoh yang sama setahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Keuntungan bersih Singtel naik 2% pada suku ketiga

Logo Singtel di luar bangunan ibu pejabatnya di Singapura. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 09 Feb 2017 10:31AM Dikemas Kini : 09 Feb 2017 10:32AM

SINGAPURA: Singtel hari ini (9 Feb) melaporkan keuntungan bersih yang meningkat dua peratus kepada $973 juta pada suku ketiga berbanding tempoh yang sama setahun lalu.

Ini disebabkan teras perniagaan yang kukuh serta sumbangan yang lebih tinggi daripada rakan-rakan niaga alat mudah alih serantau.

Sekalipun begitu, pendapatan kumpulan susut 1.5 peratus kepada $4.41 bilion, sementara pendapatan operasi merosot dua peratus disebabkan oleh pemotongan pada kadar pembatalan khidmat mudah alih yang diwajibkan, menurut Singtel dalam kenyataan medianya.

Di Singapura, urus niaga secara langsung dengan para pelanggan menunjukkan peningkatan pada suku ini dengan pendapatan naik empat peratus sedang khidmat-khidmat di rumah naik tujuh peratus.

Pertumbuhan pendapatan khidmat di rumah adalah hasil daripada pelesenan bagi hak kandungan penyiaran Liga Perdana yang dikongsi dan penghijarahan pelanggan kepada pelan-pelan jalur lebar gentian yang lebih laju, yang mengimbangi kemerosotan khidmat luar negara, panggilan telefon serta SMS, menurut syarikat telko itu.

Pelancaran telefon-telefon bimbit yang popular, dengan lebih ramai pelanggan menyambung semula kontrak dengan pelan yang lebih tinggi untuk memanfaatkan diskaun data daripada pelan lebih tinggi, membantu mengurangkan kemerosotan pendapatan telefon bimbit, menurut Singtel.

Group Enterprise terus stabil memandangkan ICT dan khidmat-khidmat keselamatan siber membantu mengurangkan kemerosotan dalam khidmat sewa, tambahnya.

Pendapatan daripada keselamatan siber, khususnya, meningkat 10 peratus kepada $113 juta dan baru-baru ini ia memperluas khidmatnya ke Jepun dengan Pusat Operasi Keselamatan (SOC) yang baru di Tokyo - ini bermakna jumlah rangkaian SOC global kini sembilan.

Singtel juga sedang bersiap sedia menyenaraikan NetLink Trust, syarikat yang membangunkan, menguruskan dan mengendalikan prasarana rangkaian gentian bagi rangkaian jalur lebar di merata Singapura.

Ia sudah memberi jaminan kepada Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) ia akan mengurangkan sahamnya kepada kurang 25 peratus sebelum 22 April 2018. Buat masa ini ia memegang 100 peratus saham syarikat itu.

PRESTASI SERANTAU BERCAMPUR-CAMPUR

Dari segi prestasi serantau, Telkomsel di Indonesia menunkkan peningkatan memberangsangkan dengan keuntungan cukai sehingga 31 peratus disebabkan pertumbuhan dalam perniagaan data dan digital.

Di Thailand pula, AIS menunjukkan momentum pertumbuhan yang berterusan, namun pendapatannya terjejas dengan kos lebih tinggi disebabkan oleh sewa spektrum mudah alih dan perkakas yang diambil daripada pemain telekom lain.

Airtel juga tidak menunjukkan prestasi yang baik, dengan pendapatan sebelum cukai merosot 27 peratus dan ini diburukkan lagi dengan kesan pengunduran Singtel daripada perniagaan-perniagaan yang sebelum ini membawa keuntungan kepada syarikat itu.

Optus, juga menyaksikan keseluruhan pendapatan yang merosot 10 peratus pada suku ini, sedang ia terjejas dengan pemotongan kadar pemberhentian langganan telefon bimbit dan kredit khidmat daripada pelan pembayaran semula alat.

Ia bagaimanapun menunjukkan pertumbuhan kukuh dalam pangkalan pelanggan pos-bayar bagi telefon bimbit Optus dengan rangkaian 4G yang diperluas.

CEO Singtel Chua Sock Koong berkata: "Ini adalah hasil daya tahan. Kami berjaya bertahan dengan baik meskipun keadaan ekonomi Singapura yang semakin lembab dan sekitaran perniagaan yang lebih mencabar."

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan