Images
  • singpost
    Gambar fail sebuah cawangan SingPost. (Gambar: SingPost)

Keuntungan bersih SingPost menjunam 87%, harga saham susut di paras terendah dalam lebih setahun

SINGAPURA: Saham Singapore Post (SingPost) merosot sebanyak 6 peratus ke paras terendah dalam lebih setahun selepas ia menyatakan akan melakukan semakan mendalam berhubung syarikat e-dagang Amerika Syarikat yang dibeli pada 2015, TradeGlobal.

Singpost melaporkan keuntungan bersihnya, menjunam sebanyak 87 peratus bagi tahun kewangan berakhir Mac lalu.

Menurut satu kenyataan SingPost ia menyusuli prestasi teruk TradeGlobal yang dibelinya dua tahun lalu dengan harga S$236 juta dan nilainya kini S$185 juta menjejas prestasi perakaunan syarikat itu.

Singpost menyatakan bahawa selain prestasinya yang kurang memuaskan TradeGlobal juga “mengalami cabaran-cabaran operasi dan struktur”.

Maka itu, Singpost sudahpun menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas untuk menjalankan semakan menyeluruh berkenaan urus niaga tersebut.

Ia juga mendapatkan khidmat guaman untuk membantu menjalankan semakan itu dan melantik firma penasihat FTI Consulting untuk menilai aspek-aspek kewangan dan komersil terlibat.

SingPost juga melaksanakan langkah-langkah bagi menangani beberapa keprihatinan tadbir urus korporat, termasuk kod tatalaku pengarah dan etika serta dasar-dasar berhubung kepentingan yang bercanggah. 

- TODAY/hs

Komen Anda?

Top