Images
  • manufacturing facility
    Gambar fail sebuah kemudahan pengilangan di Singapura. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Kegiatan pengilangan S'pura naik lebih perlahan pada April

SINGAPURA: Kegiatan pengilangan di Singapura naik pada paras lebih perlahan bagi bulan April, menurut data yang didedahkan Institut Pembelian dan Pengurusan Bahan-Bahan Singapura (SIPMM) hari ini (2 Mei).

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) - satu penanda awal kegiatan pengilangan - mencatat 51.1 bulan lalu, jatuh 0.1 mata berbanding bulan Mac.

Bacaan melebihi 50 bermaksud ekonomi pengilangan sedang berkembang, sementara mata bawah daripada itu menunjukkan pengucupan.

Paras pengembangan lebih perlahan disebabkan paras pertumbuhan yang hambar bagi penempahan baru, eksport baru, inventori dan pengambilan kerja, menurut SIPMM, sambil menambah bahawa kemerosotan tidak begitu teruk kerana rentak pertumbuhan kegiatan kilang yang lebih rancak.

Satu indeks yang sepadan bagi sektor elektronik juga mencatat pengembangan yang lebih perlahan, dengan PMI bagi April adalah 51.6, jatuh 0.2 mata berbanding bulan sebelumnya. 

- CNA/ru

Komen Anda?

Top