Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kadar inflasi tidak banyak berganjak walau GDP tumbuh

Walaupun Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) menyaksikan pertumbuhan yang sihat, kadar inflasi tidak banyak berganjak.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Nov 2017 06:45PM Dikemas Kini : 23 Nov 2017 10:38PM

SINGAPURA: Walaupun Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) menyaksikan pertumbuhan yang sihat, kadar inflasi tidak banyak berganjak.

Menurut Jabatan Statistik, Indeks Harga Pengguna (CPI) naik sedikit iaitu 0.4 peratus bulan lalu berbanding setahun lalu.

Sementara itu, inflasi teras naik 1.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Kos pengangkutan privet juga meningkat 2.2 peratus pada bulan lalu berbanding 2.1 peratus bulan sebelumnya, dipacu penurunan kecil dalam harga kereta.

Manakala itu, inflasi makanan naik 1.5peratus. Sebahagian besar daripada kenaikan itu didorong oleh harga bahan mentah yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, kos penginapan turun 4.2 peratus berbanding Oktober tahun lalu. 

Sumber : CNA/NF/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan