Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jualan runcit S'pura naik 2.1% pada bulan Mac berbanding setahun lalu

Jualan runcit di Singapura meningkat 2.1% pada bulan Mac berbanding setahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan runcit S'pura naik 2.1% pada bulan Mac berbanding setahun lalu

Para pelanggan di sebuah bilik pameran kereta. (Gambar fail: Olivia Siong)

Diterbitkan : 12 May 2017 08:20PM Dikemas Kini : 12 May 2017 08:21PM

SINGAPURA: Jualan runcit di Singapura meningkat 2.1% pada bulan Mac berbanding setahun lalu.

Menurut perangkaan Jabatan Statistik, tidak termasuk kenderaan bermotor, jumlah jualan runcit meningkat 0.7% dari Mac tahun lalu.

Keseluruhan jumlah jualan runcit dianggarkan $3.7 bilion, lebih tinggi daripada $3.6 bilion pada bulan yang sama tahun lalu.

Penjualan makanan dan minuman pula menjunam 4.8% pada bulan Mac.

Keseluruhan nilai jualan makanan dan minuman dianggarkan $665 juta dalam bulan Mac, lebih rendah daripada $698 juta pada tahun lalu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan