Images
  • orchard road
    Para pejalan kaki di Orchard Road. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Jualan runcit naik 2.6% pada April meski jualan kenderaan hambar

SINGAPURA: Penjualan runcit di Singapura naik 2.6 peratus pada bulan April berbanding tahun sebelumnya, dan tidak termasuk kenderaan bermotor, ia naik hampir 5 peratus bagi bulan itu, menurut perangkaan yang didedahkan Jabatan Statistik (Singstat) hari ini (12 Jun).

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, penjualan runcit naik 1.6 peratus.Tidak termasuk kenderaan bermotor, ia meningkat 4.4 peratus.

Penjualan jam dan barang kemas menyaksikan peningkatan yang paling ketara, dengan peningkatan 14.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Stesen minyak di tempat kedua dengan peningkatan sebanyak 13 peratus.

Sebaliknya, penjualan kenderaan bermotor merosot 6.4 peratus, disusuli dengan penjualan kedai runcit dan kedai serbaneka yang mencatat kemerosotan 5.7 peratus.

Nilai penjualan runcit secara keseluruhan bagi bulan April diramal S$3.5 bilion, naik berbanding S$3.4 bilion yang dicatat pada tempoh yang sama tahun lalu.

Penjualan khidmat makanan dan minuman jatuh 3 peratus berbanding setahun lalu, dengan nilai penjualan keseluruhan diramal S$663 juta berbanding S$683 juta pada April 2016.

Indeks Penjualan Runcit dan Indeks Khidmat Makanan dan Minuman (F&B) mengukur prestasi jangka pendek industri khidmat F&B berdasarkan rekod penjualan mereka.

Perangkaan penjualan tidak mengambil kira cukai seperti GST dan COE. 

- CNA/ru

Komen Anda?

Top