Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jualan rumah privet baru naik 17.6% pada Jan meski kurang pelancaran baru

Jualan hartanah privet pada bulan Januari adalah lebih kukuh, meskipun projek baru kurang dilancarkan pada bulan itu. Demikian menurut perangkaan yang dikeluarkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini (15 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan rumah privet baru naik 17.6% pada Jan meski kurang pelancaran baru

Bakal pembeli di bilik pameran kondominium. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 15 Feb 2017 01:07PM Dikemas Kini : 15 Feb 2017 01:09PM

SINGAPURA: Jualan hartanah privet pada bulan Januari adalah lebih kukuh, meskipun projek baru kurang dilancarkan pada bulan itu. Demikian menurut perangkaan yang dikeluarkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini (15 Feb).

Tidak termasuk kondominium eksekutif (EC), 381 rumah privet baru dijual bulan lalu, meningkat 17.6 peratus berbanding 324 yang dijual pada Januari tahun lalu. Termasuk EC, 565 unit dijual, meningkat berbanding 480 yang dijual pada tempoh yang sama setahun lalu.

Berbanding Disember - bulan yang biasanya tidak banyak urus niaga hartanah - jualan hartanah privet tidak termasuk EC meningkat 3.8 peratus.

Para pemaju hartanah melancarkan 108 rumah baru pada Januari, merosot berbanding 159 unit yang dilancarkan pada Januari tahun lalu.

Kebanyakan unit tersebut adalah daripada The Glades di Bedok Rise, yang melancarkan penjualan bagi baki 76 rumah bagi bangunan yang menawarkan sebanyak 726 unit itu.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan