Images
  • lazada
    Jualan secara online melonjak pada tahun ini bersempena dengan hari Singles' Day. (Gambar: Petikan skrin daripada laman sawang Lazada)

Jualan online sempena Singles' Day melonjak 60% berbanding tahun lepas

SINGAPURA: Jualan-jualan secara online di Singapura melonjak dengan bilangan besar pengguna ke laman membeli-belah untuk mengambil kesempatan daripada salah satu hari membeli-belah dalam talian terbesar.

Menurut syarikat pemasaran teknologi Criteo, jualan khas bagi orang-orang bujang, atau Singles' Day melihat peningkatan sebanyak 60 peratus berbanding hari yang sama tahun lepas.

Produk-produk kecantikan dan elektronik di antara barang-barang popular yang direbut oleh pembeli online.

Laman e-dagang tempatan Lazada menyatakan, jualan laris mereka termasuk produk rambut dan telefon bimbit.

Jumlah pembeli di Lazada adalah empat kali lebih tinggi semalam, berbanding hari yang sama tahun lepas.

Syarikat pemula tempatan ShopBack mempunyai hampir 6,000 tempahan dari rantau ini dalam masa sejam.

Jumlah tersebut merupakan enam kali lebih tinggi daripada jualan biasa.
Tempahan yang dibuat datang daripada Singapura dan di negara-negara lain di rantau ini, seperti Malaysia dan Filipina. 

- CNA/UR/ur

Komen Anda?

Top