Images

Jualan murah Singles Day raih hampir AS$21 bilion

AMERIKA SYARIKAT: Selepas berlangsung 18 jam, acara tahunan jualan murah e-dagang terbesar di dunia, Singles Day Sales, sudah meraih nilai jualan hampir AS$21 bilion (S$29 bilion).

Jualan murah 24 jam itu dianjurkan oleh syarikat e-dagang terkemuka, Alibaba.

Dalam masa hanya tiga minit dimulakan, nilai jualannya sudah mencapai lebih AS$1.5 bilion (S$2 bilion).

Kumpulan syarikat Citigroup menganggarkan Alibaba akan meraih sehingga AS$24 bilion (S$33 bilion) dalam jualan murah itu tahun ini.

Alibaba memulakan jualan mega di wadah online itu dalam tahun 2009 dan ia diadakan setiap 11 November.

Ia begitu popular sehingga dapat menandingi hasil jualan murah "Black Friday" di Amerika dan "Cyber Monday".

- Agensi berita/NU/nk

Komen Anda?

Top