Images

Hotel ikonik Sloane Court tutup pintu buat selama-lamanya

SINGAPURA: Hotel ikonik Sloane Court di Balmoral Road menutup pintunya buat kali terakhir.

Ia dijual pada harga $80 juta dan akan dirobohkan tahun depan bagi memberi laluan untuk projek kondominium baru.

Hotel 32-bilik ini dibina seorang peniaga kaum Hainan dan beroperasi sejak tahun-tahun 1960-an.

Ia merupakan salah satu daripada bangunan terakhir berkonsep Tudor yang masih ada di Singapura dan mengingatkan pengunjung kepada zaman penjajahan Britain dahulu.

- CNA/AY/nk

Komen Anda?

Top