Images
  • scoot
    Scoot mengembangkan sayapnya ke lima destinasi baru, yang merangkumi destinasi jarak dekat, sederhana dan jauh. (Gambar: Tang See Kit)

Honolulu, Harbin antara 5 destinasi baru Scoot

SINGAPURA: Syarikat penerbangan tambang murah Scoot mengembangkan sayapnya ke lima destinasi baru, yang merangkumi destinasi jarak dekat, sederhana dan jauh.

Antara destinasi baru itu adalah Harbin, Kuantan, Kuching, Palembang dan Honolulu. Ini diumumkan di satu acara pada Selasa (25 Julai) bagi menandakan selesainya gabungan dengan Tigerair di bawah satu lesen operasi dan jenama Scoot.

Penerbangan ke Honolulu merupakan destinasi jarak jauh kedua Scoot selepas Athens.

Dalam satu wawancara bersama Mediacorp pada bulan Mei, CEO Lee Lik Hsien berkata anak syarikat Singapore Airlines itu juga sedang menimbangkan untuk menawarkan sekurang-kurangnya tiga hingga empat penerbangan jarak jauh dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang..

Scoot juga mendedahkan wajah baru bagi kru kabinnya dan ciri-ciri baru pesawat A320 yang diperkenalkan buat julung-julung kalinya.

Syarikat penerbangan itu juga mendedahkan slogan barunya, 'Escape the Ordinary'' yang mencerminkan imej Scoot yang "kian berubah-ubah", dengan pangkalan pengguna yang lebih besar dan lebih banyak destinasi, menyusuli usaha memperluaskan rangkaiannya, kata Encik Lee. 

- CNA/UR/im

Komen Anda?

Top