Images
  • heng swee keat
    Menteri Kewangan Heng Swee Keat. (Gambar: Mediacorp)

Heng Swee Keat hadiri mesyuarat AIIB di Korea Selatan

SINGAPURA: Menteri Kewangan Heng Swee Keat akan menghadiri mesyuarat tahunan kedua Lembaga Gabenor Bank Pelaburan Prasarana Asia (AIIB) di Jeju, Korea Selatan dari 16 Jun hingga 17 Jun.

Sebagai Gabenor Singapura dalam Lembaga Gabenor AIIB, Encik Heng akan menyampaikan kenyataan di mesyuarat tahunan AIIB itu.

Beliau juga akan menghadiri Sesi Perniagaan Lembaga Gabebor, yang akan membincangkan Laporan Tahunan AIIB bagi tahun 2016 dan Belanjawan 2017, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media hari ini (15 Jun).

Mesyuarat AIIB akan menumpukan perhatian kepada tema prasarana mampan.

Mereka yang menghadiri mesyuarat itu akan meneliti peluang pelaburan prasarana dan mengenal pasti cara-cara untuk menggunakan modal privet bagi pembangunan prasarana di rantau in. menurut kementerian itu.

Encik Heng akan diiringi oleh para pegawai dari MOF.  

- CNA/fa

Komen Anda?

Top