Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Heng: Sistem cukai S'pura harus kekal adil dan progresif

Singapura harus "mengekalkan kemampanan fiskal", tegas Menteri Kewangan Heng Swee Keat hari ini (5 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Heng: Sistem cukai S'pura harus kekal adil dan progresif

Gambar fail Heng Swee Keat. (Gambar: Olivia Siong)

Diterbitkan : 05 Dec 2017 02:25PM Dikemas Kini : 05 Dec 2017 02:30PM

SINGAPURA: Singapura harus "mengekalkan kemampanan fiskal", tegas Menteri Kewangan Heng Swee Keat hari ini (5 Dis).

Berucap di Forum Jangkaan Global Antarabangsa Straits Times 2018, Encik Heng berkata bahawa ini perlu untuk membangunkan ekonomi yang inovatif dan mudah disesuaikan.

Beliau juga menyentuh tentang pentingnya memupuk masyarakat penyayang dan utuh serta memastikan keselamatan dan daya tahan negara terpelihara di tengah-tengah "perubahan yang tidak menentu dan rumit" pada masa depan.

"Ini berkenaan tanggungjawab dan berbelanja mengikut kemampuan. Apabila pembelanjaan naik dan hasil pendapatan semakin perlahan, kita harus memikirkan cara mengurus pembelanjaan dan meningkatkan pendapatan."

Encik Heng berkata keupayaan pemerintah mengekalkan perbelanjaannya buat masa ini, cukai dan dasar lain bagi jangka panjang tanpa mengancam kemampuan pemerintah membayar hutang atau pembelanjaan yang dijanjikan, bermakna negara ini harus bersedia menghadapi risiko pendapatan disebabkan perubahan teknologi dan model perniagaan yang berubah-ubah.

"Sistem kami harus kekal menyokong pertumbuhan. Sistem cukai dan peralihan secara keseluruhannya harus kekal saksama dan progresif. Kita harus memastikan asas pendapatan negara terus dipelbagaikan."

Dalam konvensyen Parti Tindakan Rakyat pada 19 November, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata bahawa Singapura akan menaikkan cukai sedang perbelanjaan pemerintah bagi pelaburan dan perkhidmatan sosial bertambah.

PM Lee, dalam konvensyen tersebut, menekankan bahawa Encik Heng betul apabila beliau berkata dalam ucapan Belanjawannya awal tahun ini: "menaikkan cukai bukan soal jika tetapi bila".

Menurut PM Lee lagi, pemerintah harus merancang jauh untuk masa depan serta "menjelaskan kepada rakyat Singapura tentang bagaimana wang tersebut akan digunakan dan bagaimana pendapatan dan perbelanjaan kami memanfaatkan semua orang, yang muda mahupun tua".

Sementara itu, Encik Heng menegaskan dalam forum hari ini bahawa pemerintahan yang baik tetap penting dalam sektor swasta, awam dan manusia.

"Kita harus mengekalkan tahap kepercayaan yang tinggi dan melakukannya dengan menyampaikan pertimbangan kami, cabaran dan rancangan kami secara terus-terang dan jujur." 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan