Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hasil pengilangan S'pura naik 14.6%

Hasil pengilangan bagi bulan September meningkat 14.6 peratus berbanding setahun lalu, tetapi rentak pertumbuhan itu lebih perlahan berbanding dua bulan lalu, sedang permintaan bagi produk teknologi berkurangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Hasil pengilangan S'pura naik 14.6%

Para pekerja di sebuah kemudahan pengilangan di Singapura. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 26 Oct 2017 04:15PM Dikemas Kini : 26 Oct 2017 04:16PM

SINGAPURA: Hasil pengilangan bagi bulan September meningkat 14.6 peratus berbanding setahun lalu, tetapi rentak pertumbuhan itu lebih perlahan berbanding dua bulan lalu, sedang permintaan bagi produk teknologi berkurangan.

Bulan lalu, hasil pengeluaran perindustrian mencatat pertumbuhan 14 bulan berturut-turut, tetapi peningkatan 19.5 peratus itu lebih rendah daripada 21.6 peratus yang diraih pada bulan Julai, menurut data Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).

Tidak termasuk hasil pengilangan bioperubatan yang tidak menentu, hasil pengeluarannya bagi bulan September tumbuh 16.1 peratus.

Lima daripada enam kelompok mencatat pertumbuhan jika dibandingkan dengan tahun lalu.

Meskipun kelompok elektronik terus mencatat pertumbuhan paling kukuh dengan hasil pengeluaran yang berkembang 33.2 peratus pada bulan September, ia diimbangi oleh kemerosotan yang dialami segmen infokomi dan elektronik pengguna, dan penyimpanan data, yang masing-masing jatuh 7 peratus dan 24 peratus.

Hasil pengeluaran bioperubatan pula tumbuh 8 peratus, dengan segmen teknologi perubatan naik 11.5 peratus dipacu oleh permintaan eksport yang lebih tinggi bagi peranti perubatan dan segmen farmaseutikal yang meningkat 6.8 peratus dengan pengeluaran yang lebih tinggi bagi produk-produk biologl.

Hasil pengilangan kejuruteraan jitu berkembang 15.4 peratus berbanding setahun lalu. Segmen modul jitu dan komponen-komponennya mencatat "pertumbuhan kukuh" sebanyak 24.5 peratus menyusuli pengeluaran lebih tinggi bagi acuan, peralatan, getar, peralatan optik dan komponen besi jitu.

Hasil pengilangan am juga mencatat pertumbuhan 4.3 peratus pada bulan September.

Kelompok yang mengalami kemerosotan adalan kejuruteraan pengangkutan, yang jatuh 10.8 peratus berbanding setahun lalu. Hasil pengeluaran bagi segmen aeroangkasa pula meningkat 12 peratus, tetapi hasil pengeluaran bagi pengangkutan darat dan marin serta luar pesisir masing-masing menguncup 9.5 peratus dan 26.7 peratus.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan