Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hasil pengilangan S'pura naik 12.6% pada Februari

Hasil pengilangan Singapura naik 12.6 peratus pada Februari berbanding setahun lalu, disebabkan oleh pertumbuhan kukuh bagi kelompok-kelompok elektronik dan kejuruteraan jitu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Mar 2017 03:42PM Dikemas Kini : 24 Mar 2017 09:47PM

SINGAPURA: Hasil pengilangan Singapura naik 12.6 peratus pada Februari berbanding setahun lalu, disebabkan oleh pertumbuhan kukuh bagi kelompok-kelompok elektronik dan kejuruteraan jitu.

Tidak termasuk kelompok pengilangan bioperubatan yang lebih tidak menentu, pengeluarannya meningkat 17.1 peratus, menurut data yang dikeluarkan pada Jumaat (24 Mac) oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, pengeluaran industri jatuh 3.7 peratus pada Februari, menurutnya.

Hasil kelompok elektronik melonjak 39.8 peratus pada bulan lalu berbanding tempoh yang sama tahun lalu, sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatkan ketara sebanyak 63.6 peratus bagi segmen semikonduktor. Modul elektronik yang lain serta bahan-bahan dan segmen-segmen infokom dan elektronik pengguna masing-masing naik 16.5 peratus dan 8.3 peratus.

Hasil kelompok kejuruteraan jitu juga melonjak 26.2 peratus dalam tempoh yang sama, dengan pemesinan dan segmen sistem menunjukkan pertumbuhan kukuh sebanyak 33.2 peratus, dirangsang oleh permintaan eksport yang lebih tinggi bagi peralatan yang ada kaitan dengan semikonduktor.

Modul kejuruteraan jitu dan segmen komponen juga naik 16.4 peratus dengan hasil pengeluaran lebih tinggi bagi acuan, perkakas dan jig dan kelengkapannya, instrumen optikal dan komponen jitu besi.

Peningkatan juga dapat dilihat pada hasil pengeluaranl kelompok industri pengilangan (3.3 peratus) dan kelompok kimia (1.9 peratus), tetapi penurunan bagi kelompok pengilangan bioperubatan (-2.6 peratus) dan kelompok kejuruteraan pengangkutan (-9.6 peratus). 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan