Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga, sewa ruang runcit dan pejabat jatuh lagi dalam suku pertama 2017

Harga dan sewa ruang runcit dan pejabat di Singapura jatuh dalam suku pertama 2017, menurut data yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Semula Bandar (URA) pada hari Jumaat (28 Apr). 

Anggaran Waktu Membaca:
Harga, sewa ruang runcit dan pejabat jatuh lagi dalam suku pertama 2017

Seorang wanita berjalan di hadapan deretan kedai yang sudah ditutup di sebuah pusat beli-belah di Singapura. (Gambar fail: Reuters/Edgar Su)

Diterbitkan : 28 Apr 2017 01:04PM Dikemas Kini : 28 Apr 2017 04:58PM

SINGAPURA: Harga dan sewa ruang runcit dan pejabat di Singapura jatuh dalam suku pertama 2017, menurut data yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada hari Jumaat (28 Apr).

Harga sewa ruang runcit jatuh 4 peratus dalam tiga bulan pertama tahun ini berbanding suku sebelumnya.

Ini selepas ia meningkat 0.2 peratus dalam suku sebelumnya.

Harga sewa merosot 2.9 peratus selepas jatuh 1.2 peratus dalam suku sebelumnya.

Pada hujung bulan Mac, terdapat ruang runcit seluas 606,000 meter persegi yang diperuntukkan bagi projek-projek yang sedang diusahakan sekarang berbanding 595,000 meter persegi dari suku sebelumnya.

Ruang runcit yang disewa merosot 41,000 meter persegi, selepas meningkat kepada 66,000 meter persegi dalam suku keempat tahun lalu.

Kadar ruang runcit yang belum disewa meningkat 7.7 peratus setakat sehingga hujung bulan Mac, naik dari 7.5 peratus yang dicatatkan pada hujung Disember tahun lalu. 

Sumber : CNA/ns
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan