Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga rumah privet jualan semula meningkat 1.5%

Harga rumah privet jualan semula meningkat 1.5% bulan Mei, berbanding setahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Harga rumah privet jualan semula meningkat 1.5%

Rumah privet dan eksekutif kondominium di Singapura. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 13 Jun 2017 08:13PM Dikemas Kini : 13 Jun 2017 08:15PM

SINGAPURA: Harga rumah privet jualan semula meningkat 1.5% bulan Mei, berbanding setahun lalu.

Menurut Pasaran Tukaran Hartanah (SRX), harga naik 0.4% bulan lalu berbanding April.

Jumlah rumah yang dijual juga melambung, naik 58% pada bulan Mei berbanding setahun lalu.

Jika dibandingkan dengan bulan sebelumnya pula, jumlah jualan naik 17%.

Para penganalisis hartanah berpendapat sedang data bulanan tidak dapat mencerminkan keadaan pasaran hartanah sebenarnya, trend menunjukkan pemulihan harga setelah mencapai kemuncaknya pada Januari 2014. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan