Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga pengguna S'pura naik 2 bulan berturut-turut pada Januari

Harga pengguna di Singapura meningkat dua bulan berturut-turut pada Januari menyusuli kenaikan harga minyak yang kian pulih.

Anggaran Waktu Membaca:
Harga pengguna S'pura naik 2 bulan berturut-turut pada Januari

Latar langit Singapura. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 23 Feb 2017 02:53PM Dikemas Kini : 23 Feb 2017 03:08PM

SINGAPURA: Harga pengguna di Singapura meningkat dua bulan berturut-turut pada Januari menyusuli kenaikan harga minyak yang kian pulih.

Indeks harga pengguna (CPI) - yang menunjukkan inflasi asas - meningkat 0.6 peratus pada Januari berbanding setahun lalu, dengan rentak pertumbuhan yang semakin meningkat berbanding 0.2 peratus pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Statistik hari ini (23 Feb).

Ini disebabkan oleh peningkatan pada kos barangan-barangan berkaitan minyak, kemerosotan lebih kecil pada harga kereta serta inflasi perkhidmatan lebih tinggi.

Inflasi teras, yang tidak termasuk kos penginapan dan kos pengangkutan darat privet, naik 1.5 peratus berbanding setahun lalu pada Januari, berbanding 1.2 peratus pada bulan sebelumnya.

Harga pengguna meningkat buat kali pertama pada Disember 2016 selepas inflasi negatif untuk tempoh rekod dua tahun.

Memandang ke hadapan, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan inflasi teras secara purata dijangka mencecah 1 hingga 2 peratus tahun ini, lebih tinggi daripada 0.9 peratus bagi keseluruhan tahun 2016.

Ia menyatakan harga minyak global kemungkinan lebih tinggi pada 2017.

Inflasi keseluruhan dijangka naik dari 0.5 peratus kepada 1.5 peratus tahun ini, menurut ramalan oleh MAS dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan