Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Groupon Singapore kini dikenali sebagai Fave

Fave Group, menyifatkan syarikat mereka sebagai "pemimpin pasaran perdagangan tempatan online hingga ke luar talian serantau".

Anggaran Waktu Membaca:
Groupon Singapore kini dikenali sebagai Fave

Satu nota di laman Linkedin mengenai pemerolehan Fave terhadap Groupon Singapore.

Diterbitkan : 05 Apr 2017 04:47PM Dikemas Kini : 05 Apr 2017 04:49PM

SINGAPORE: Laman urus niaga dan diskaun Groupon Singapore tidak lama lagi akan dikenali sebagai Fave selepas ia diperolehi Fave Group pada bulan lalu.

Fave Group, yang menyifatkan syarikat mereka sebagai "pemimpin pasaran perdagangan tempatan online hingga ke luar talian serantau", terbentuk daripada platform kongsi kesihatan Malaysia, KFit.

Pemerolehan Groupon Singapore disusuli selepas Fave Group memperolehi laman Groupon versi Indonesia pada Jun tahun lalu, dan laman versi Malaysia pada November pula.

Dalam satu kiriman emel yang dihantarkan kepada semua pelanggan, syarikat itu menyatakan ia akan memindahkan "semua urus niaga yang menarik dari Groupon ke Fave" pada minggu-minggu akan datang.

Ia juga menambah bahawa sebahagian daripada proses penjenamaan semula adalah kategori Barangan di Groupon tidak akan diadakan lagi.

Fave Group diasaskan pada tahun 2015 oleh bekas Ketua Groupon Asia Pasifik Joel Neoh. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan