Images
  • grab
    Seorang pengguna aplikasi Grab. (Gambar: Laman Grab)

Grab ikrar AS$100 juta untuk kembangkan perniagaan di Myanmar

SINGAPURA: Syarikat kereta sewa Grab, pesaing utama Uber Technologies di Asia Tenggara menyatakan bahawa ia akan mengikrarkan AS$100 juta (S$136 juta) bagi tempoh tiga tahun akan datang untuk mengukuhkan kedudukannya di Myanmar dan mengembangkan khidmatnya di bandar-bandar lain.

Grab menyatakan bahawa ia mahu melancarkan platform bayarannya, GrabPay dan membangunkan sebuah pasukan tempatan sehingga 200 kakitangan.

Kedua-dua Grab dan Uber sudah melancarkan khidmat masing-masing di Yangon pada awal tahun ini untuk meraih pertumbuhan dalam pasaran di mana penggunaan internet di Myanmar berkembang dengan begitu pesat kepada hampir 90 peratus sekarang.

Semakin ramai penduduk Myanmar kini menggunakan aplikasi dan khidmat mudah alih.

Rancangan kedua-dua syarikat itu seiring dengan usaha pihak berkuasa untuk merombak sistem pengangkutan awam di Myanmar, bermula dengan rangkaian bas di Yangon. 

- Reuters/SY/ru

Komen Anda?

Top