Images
  • GIC precinct Melbourne
    GIC pemegang saham kawasan inovatif di Melbourne ini. (Gambar: GIC)

GIC pemegang saham majoriti bagi kawasan inovasi baru di Melbourne

SINGAPURA: Dana pelaburan pemerintah Singapura, GIC, kini adalah pemegang saham majoriti dalam sebuah kawasan inovasi yang baru di Melbourne, Australia.

Ia merupakan projek bersama antara Universiti Melbourne, Lendlease, GIC dan Urbanest, menurut kenyataan media GIC hari ini (20 Nov).

Sebahagian besar kawasan inovasi yang dibangunkan Lendlease itu akan disewakan kepada Universiti Melbourne bagi tempoh 42 tahun. Kawasan itu terletak bersebelahan dengan kampus utama universiti tersebut iaitu satu kilometer dari bahagian utara pusat bandar Melbourne yang dijangka siap menjelang 2026.

Encik Lee Kok Sun, Ketua Pegawai Pelaburan Hartanah GIC berkata: "Kami yakin kawasan yang baru ini akan menjana aliran tunai yang berdaya tahan sepanjang dalam jangka panjang dan kami mengalu-alukan usaha untuk memperkukuhkan kerjasama dengan Lendlease dan Universiti Melbourne bagi projek ini."

- CNA/SM/sm

Komen Anda?

Top