Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Forbes: Hartawan S'pura semakin kaya tahun ini

Walaupun dengan ekonomi yang malap, hartawan di Singapura menjadi semakin kaya pada tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Forbes: Hartawan S'pura semakin kaya tahun ini

Gambar fail Eduardo Saverin.

Diterbitkan : 27 Jul 2017 03:01PM Dikemas Kini : 27 Jul 2017 03:04PM

SINGAPURA: Walaupun dengan ekonomi yang malap, hartawan di Singapura menjadi semakin kaya pada tahun lalu.

Demikian menurut Senarai Hartawan Singapura yang diterbitkan Forbes Asia.

Dalam kenyataannya hari ini (27 Jul), Forbes Asia menyatakan 50 orang terkaya Singapura kini secara keseluruhan mempunyai harta bernilai AS$104.6 bilion (S$141.9 bilion), peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Hampir dua pertiga daripada 50 orang terkaya negara ini - yang memiliki harta minimum AS$540 juta (S$732 juta), naik daripada AS$455 juta (S$617 juta) tahun sebelumnya - menyaksikan harta mereka semakin berkembang, menurut Forbes Asia.

Adik beradik yang memiliki perniagaan hartanah, Robert dan Philip Ng, yang juga menguasai Far East Organisation, kekal di tempat pertama buat lapan tahun berturut-turut dengan nilai mereka sebanyak AS$9.4 bilion (S$12.8 bilion) , naik dari AS$8.6 bilion (S$11.7 bilion) tahun sebelumnya.

Pengasas bersama Facebook Eduardo Saverin pula menaiki satu tangga dari tahun sebelumnya yang membuatkannya sebagai penduduk Singapura terkaya kedua. Saham syarikat gergasi media sosial yang beliau miliki melipat ganda tiga kali pada tahun lalu, menambah AS$2.1 bilion (S$2.85 bilion) kepada kekayaannya yang mencecah sebanyak AS$9.3 bilion (S$12.6 bilion).

Yang ketiga di senarai itu adalah Goh Cheng Liang, yang menambah AS$2.1 bilion (S$2.85 bilion) kepada hartanya dan memiliki sebanyak AS$7.8 bilion (S$10.6 bilion). Sahamnya bagi syarikat Jepun Nippon Paint Holdings dikukuhkan lagi dengan penjualan yang baik di Asia, dan perkembangannya ke AS dengan membeli Dunn-Edwards.

Sementara itu, Chew Gek Khim, pemilik syarikat Straits Trading Company, yang berada pada tangga ke-23 senarai tersebut, mendapat kemewahan yang terbanyak mengikut peratusan tahun lalu "kerana maklumat baru mengenai aset keluarga," menurut Forbes Asia. Hartanya berlipat tiga kali ganda dibandingkan tahun lalu kepada AS$1.4 bilion (S$1.9 bilion).

Dua wajah baru muncul di senarai tersebut ialah pelabur dana Danny Yong yang menduduki tempat ke-42 orang terkaya bernilai AS$670 juta (S$908 juta), dan pengasas bersama syaikat hartanah India dan kumpulan khidmat kewangan Indiabulls Saurabh Mittalm yang berada di tempat ke-44 yang bernilai AS$650 juta (S$881 juta).

Oxley Holdings Ching Chiat Kwong yang terkenal dengan pembinaan rumah-rumah pangsa 'shoebox', kembali dalam senarai tersebut di tempat ke-45 dengan nilai AS$615 juta (S$833 juta) selepas terkeluar tahun lalu. Ini ekoran peningkatan 43 peratus pada saham Oxley Holdings selepas penjualan luar negara, khususnya di Ireland, Kemboja dan Malaysia.

Namun demikian, lebih dari seperlima yang memasuki kembali senarai tersebut menyaksikan kemerosotan pada harta mereka. Lima daripada mereka mengaitkan harta mereka dengan hartanah, menurut syarikat media itu.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan