Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Firma Grab setuju beli syarikat baru pembayaran Indonesia, Kudo

Firma kongsi perjalanan Asia Tenggara Grab pada hari ini (3 Apr) menyatakan ia bersetuju untuk membeli syarikat pembayaran online baru dari Indonesia, Kudo. 

Anggaran Waktu Membaca:
Firma Grab setuju beli syarikat baru pembayaran Indonesia, Kudo

Iklan syarikat Grab di Singapura. (Gambar: REUTERS/Edgar Su/File Photo)

Diterbitkan : 03 Apr 2017 02:15PM Dikemas Kini : 03 Apr 2017 02:16PM

SINGAPURA: Firma kongsi perjalanan Asia Tenggara Grab pada hari ini (3 Apr) menyatakan ia bersetuju untuk membeli syarikat pembayaran online baru dari Indonesia, Kudo.

Ini menandakan pelaburan pertama firma itu di bawah pelan yang diumumkan baru-baru ini untuk memperuntukkan AS$700 juta (S$980 juta) bagi pasaran terbesarnya.

Grab tidak mendedahkan nilai urus niaga itu. Agensi Reuters pada Februari lalu melaporkan rancangan Grab untuk membeli Kudo dengan harga lebih AS$100 juta (S$140 juta), dengan menukil sumber yang tahu akan perkara itu.

Grab, pesaing utama Asia Tenggara bagi Uber Technologies Inc, menyatakan urus niaga itu terletak di bawah AS$700 juta (S$980 juta) yang ia memperuntukkan untuk melabur di Indonesia sepanjang empat tahun akan datang.

Diasaskan pada tahun 2014, Kudo membantu para pengguna tanpa akaun bank dan berpangkalan di bandar-bandar kecil untuk membuat pembayaran online melalui ejen-ejennya.

Kudo di dalam kenyataan itu menyatakan pemerolehan itu mencetuskan sinergi serta-merta kepada perniagaan syarikat itu yang ada sekarang.

Kedua-dua syarikat juga merancang untuk meneroka peluang-peluang untuk menambah jenis khidmat kewangan yang boleh ditawarkan Kudo, termasuk insurans dan pinjaman pengguna, tambah Grab.  

Sumber : Reuters/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan