Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Eksport S'pura susut 1.2% pada bulan Mei, jatuh 2 bulan berturut-turut

Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura jatuh sebanyak 1.2 peratus pada bulan Mei berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Eksport S'pura susut 1.2% pada bulan Mei, jatuh 2 bulan berturut-turut

Latar langit Marina Bay di Singapura. (Gambar fail: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 16 Jun 2017 09:59AM Dikemas Kini : 16 Jun 2017 10:03AM

SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura jatuh sebanyak 1.2 peratus pada bulan Mei berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ini menurut statistik yang dikeluarkan agensi perdagangan International Enterprise (IE) Singapore pada Jumaat (16 Jun), di mana ia terus merosot dari bulan lalu.

Eksport pada bulan Mei naik 8.1 peratus berbanding tempoh yang sama setahun lalu berdasarkan penyesuaian musiman, selepas mengalami penurunan sebanyak 9 peratus bulan lalu, disebabkan peningkatan pada kedua-dua NODX elektronik dan bukan elektronik.

Eksport elektronik melonjak 23.3 peratus pada bulan Mei, menyusuli kenaikan sebanyak 4.8 peratus pada bulan sebelumnya. Kenaikan tersebut sebahagian besarnya didorong oleh IC (31.2 peratus), PC (64.7 peratus) dan bahagian PC (26.2 peratus), menurut IE Singapore.

Eksport bukan elektronik merosot 9 peratus selepas susut 2.9 peratus pada bulan lalu. Bahagian peralatan kejuruteraan sivil, emas bukan kewangan dan farmaseutikal masing-masing menjunam 92.5 peratus, jatuh 24.6 peratus dan turun 14.2 peratus, di mana ia juga paling banyak menyumbang kepada penurunan itu.

Penghantaran ke semua 10 pasaran utama Singapura meningkat bulan lalu, kecuali Hong Kong. Eksport ke China naik 36.4 peratus berbanding tahun lalu, manakala penghantaran ke Korea Selatan melonjak 64.3 peratus dan penghantaran ke EU 28 berkembang 16.2 peratus, dedah IE Singapore.

Eksport semula bukan minyak naik 14.3 peratus berbanding tahun lalu selepas susut 0.3 peratus pada bulan sebelumnya.

Eksport semula elektronik naik 13.8 peratus, menyusuli pertumbuhan sebanyak 3.5 peratus pada bulan April, menurut IE Singapore. Pengembangan itu dipacu oleh IC (14.8 peratus), peralatan telekomunikasi (26.4 peratus) dan bahagian PC (20.2 peratus).

Eksport semula bukan elektronik meningkat 14.8 peratus, selepas penurunan 4.1 peratus pada bulan lalu. Pengembangan tersebut juga didorong oleh enjin dan motor bukan elektronik (141.3 peratus), bahagian pesawat (47 peratus) dan produk kecantikan peribadi (52.3 peratus), dedah agensi tersebut.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan