Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Eksport S'pura meningkat 17%, catat pertumbuhan 4 bulan berturut-turut

Peningkatan ini, yang dirangsang oleh kenaikan eksport elektronik dan bukan elektronik, meningkatkan lagi pertumbuhan 7.6 peratus yang dicatat pada bulan Julai.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Sep 2017 09:34AM Dikemas Kini : 18 Sep 2017 09:01PM

SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura melonjak 17 peratus pada Ogos berbanding tempoh yang sama setahun lalu, yang merupakan pertumbuhan empat bulan berturut-turut.

Ini menurut statistik yang didedahkan oleh agensi perdagangan International Enterprise (IE) Singapore pada hari ini (18 Sep).

Peningkatan ini, yang dirangsang oleh kenaikan eksport elektronik dan bukan elektronik, meningkatkan lagi pertumbuhan 7.6 peratus yang dicatat pada bulan Julai.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, eksport mencatat pertumbuhan 4.3 peratus berbanding penurunan 3.3 peratus pada bulan sebelumnya. Ini disebabkan oleh pertumbuhan pada eksport elektronik dan bukan elektronik, menurut IE Singapore.

Penghantaran elektronik naik 10 bulan berturut-turut dari tahun ke tahun, mencatat peningkatan 21.7 peratus jika dibandingkan dari tahun ke tahun, menyusuli pertumbuhan 15.3 peratus pada bulan Julai. Peningkatan itu sebahagian besarnya didorong oleh litar bersepadu (IC), produk media cakera dan bahagian IC, yang masing-masing meningkat sebanyak 36.8 peratus, 13.3 peratus dan 44.8 peratus, menurut IE Singapore.

Manakala, penghantaran bukan elektronik turut meningkat 15 peratus, menyusuli kenaikan sebanyak 4.4 peratus pada bulan sebelumnya. Sebahagian besar peningkatan itu dipacu oleh emas bukan kewangan, petrokimia dan mesin khusus, yang masing-masing meningkat sebanyak 137.7 peratus, 31.9 peratus dan 44.9 peratus.

Penghantaran ke 10 pasaran utama Singapura, kecuali Taiwan, meningkat pada bulan lalu, menurut IE Singapore. Ekspot ke China, pasaran eksport terbesar Singapura, tumbuh sebanyak 43.2 peratus, manakala eksport ke Hong Kong dan Korea Selatan juga masing-masing meningkat sebanyak 41.9 peratus dan 62 peratus.

Eksport semula bukan minyak naik 11.9 peratus dari tahun ke tahun, menyusuli pertumbuhan 16.7 peratus pada bulan Julai. Eksport semula elektronik dan bukan elektronik juga turut meningkat, menurut IE Singapore.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan