Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Eksport S'pura jatuh 0.7% pada April selepas catat pertumbuhan 5 bulan berturut-turut

NODX Singapura dengan tidak dijangka merosot pada bulan lalu

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 May 2017 11:49AM Dikemas Kini : 17 May 2017 10:51PM

SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak Singapura (NODX) dengan tidak dijangka merosot pada bulan lalu setelah mencatat pertumbuhan buat lima bulan berturut-turut.

Ini disebabkan oleh kemerosotan yang mendadak pada eksport farmaseutikal.

Menurut data yang dikeluarkan oleh agensi perdagangan, International Enterprise Singapore hari ini (17 Mei), eksport negara menguncup 0.7 peratus berbanding tahun lalu.

Eksport farmaseutikal menjunam 39.9 peratus pada bulan April berbanding setahun lalu setelah meraih peningkatan 17.7 peratus pada bulan Mac.

Motor dan enjin bukan elektrik serta emas bukan wang masing-masing menjunam 69.2 peratus dan 23 peratus, menyumbang kepada kemerosotan pada eksport bukan elektronik.

Eskport elektronik meningkat buat enam bulan berturut-turut, dengan peningkatan sebanyak 4.8 peratus pada bulan April berbanding setahun lalu.

Ini menyusuli peningkatan sebanyak 5.2 peratus pada bulan Mac.

Menurut laporan IE Singapore, perdagangan negara secara keseluruhannya meningkat 5.7 peratus pada bulan April.

Secara keseluruhannya, eksport Singapura tumbuh 4.2 peratus pada bulan lalu setelah meningkat 18.7 peratus pada bulan Mac.

Import secara keseluruhannya juga meningkat 7.5 peratus setelah mencatat peningkatan sebanyak 18.9 peratus pada bulan Mac.

Tinjauan Reuters meramalkan bahawa eksport Singapura akan meningkat sebanyak 12.4 peratus pada April berbanding setahun lalu dan menguncup 4.1 peratus berbanding bulan Mac.
 

Sumber : CNA/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan