Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Eksport bukan minyak S’pura susut 1.1% selepas catat pertumbuhan 4 bulan

Penghantaran barangan buatan Singapura merosot pada bulan September selepas empat bulan mencatat peningkatan, sedang eksport produk elektronik mengalami penurunan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Oct 2017 09:59AM Dikemas Kini : 17 Oct 2017 10:04PM

SINGAPURA: Penghantaran barangan buatan Singapura merosot pada bulan September selepas empat bulan mencatat peningkatan, sedang eksport produk elektronik mengalami penurunan.

Berbanding tempoh yang sama tahun lalu, eksport domestik bukan minyak (NODX) jatuh 1.1 peratus bulan lalu, menurut agensi perdagangan International Enterprise (IE) Singapore hari ini (17 Okt).

Kemerosotan ini dialami selepas mencatat pertumbuhan 16.7 peratus pada bulan Ogos, yang menandakan pertumbuhan selama empat bulan.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, NODX merosot 11 peratus bulan lalu, berbeza dengan pertumbuhan sebanyak 4.2 peratus yang diraih pada bulan Ogos.

Selepas mencatat pertumbuhan selama 10 bulan berturut-turut, penghantaran barangan elektronik merosot disebabkan asas perbandingan yang tinggi tahun lalu, jatuh 7.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Ia meningkat sebanyak 20.8 peratus pada Ogos.

Eksport bukan elektronik berkembang 1.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, lebih perlahan berbanding pertumbuhan sebanyak 15 peratus pada bulan sebelumnya.

Penghantaran ke pasaran utama Singapura naik pada September, kecuali Hong Kong, EU 28 dan Thailand. Pertumbuhan dipacu oleh Malaysia, China dan Jepun. 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan