Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ekonomi S'pura naik 2.5% pada suku pertama 2017, lebih tinggi dari yang diramalkan

Ia lebih tinggi daripada unjuran median 2.4 peratus berdasarkan tinjauan Reuters tetapi ia juga merupakan satu kemerosotan berbanding pertumbuhan 2.9 peratus pada suku sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Apr 2017 09:03AM Dikemas Kini : 13 Apr 2017 11:41PM

SINGAPURA: Bagi suku pertama 2017, hasil dalam negeri kasar (GDP) Singapura meningkat 2.5 peratus berbanding tempoh yang sama setahun lalu, menurut ramalan awal yang didedahkan oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) hari ini (13 Apr).

Ia lebih tinggi daripada unjuran median 2.4 peratus berdasarkan tinjauan Reuters tetapi ia juga merupakan satu kemerosotan berbanding pertumbuhan 2.9 peratus pada suku sebelumnya.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari suku ke suku, ekonomi negara menguncup 1.9 peratus bagi tempoh dari Januari hingga Mac, selepas meraih peningkatan 12.3 peratus pada suku sebelumnya.

Para pakar ekonomi yang ditinjau Reuters meramalkan GDP menguncup 1.9 peratus berbanding tiga bulan lalu berdasarkan perbandingan tahunan.

Selepas mencatat prestasi hambar bagi sebahagian besar 2016, ekonomi Singapura beransur pulih pada suku terakhir, dipacu oleh kebangkitan dalam sektor pengilangan.

Para ekonomi yang ditinjau Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menaikkan ramalan mereka bagi pertumbuhan Singapura pada 2017 kepada 2.3 peratus, berbanding unjuran 1.5 peratus dalam tinjauan yang diterbitkan pada bulan Disember.

Ini merupakan satu pertumbuhan berbanding peningkatan 2.0 peratus yang dicatatkan pada tahun 2016, dengan ramalan rasmi pemerintah bagi GDP 2017 dianggarkan antara 1 hingga 3 peratus.  

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan