Images
  • dyson
    Kemudahan baru ini akan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan teknologi baru bagi masa hadapan. (Gambar: Nicole Tan)

Dyson buka pusat R&D bernilai S$587 juta di Taman Sains S'pura

SINGAPURA: Firma teknologi Britain Dyson, yang terkenal dengan pembersih vakum dan kipas tanpa bilah, membuka sebuah pusat kajian dan pengembangan (R&D) yang baru bernilai £330 juta (S$587 juta) di Taman Sains Singapura pada Isnin (13 Feb).

Kemudahan ini akan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan teknologi baru bagi masa hadapan, termasuk kecerdasan buatan, pembelajaran mesin, robotik, dinamik cecair dan sistem penglihatan.

Ia akan menempatkan Pusat Kecemerlangan Teknologi Global, yang akan menerajui kajian dan pengembangan bagi kategori produk baru dan teknologi 'Internet of Things' untuk menyokong langkah firma tersebut menembusi pasaran rumah bijak.

Pengasas dan ketua jurutera Dyson, James Dyson, berkata bahawa para jurutera di kemudahan baru tersebut akan berusaha untuk menyatukan perkakasan, elektronik dan sofwe.

Bercakap di pelancarannya siang tadi, Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perusahaan) S Iswaran berkata bahawa Singapura akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan industri bagi menyokong daya inovasi dan pengantarabangsaan.

Dyson, yang kini mempunyai 1,100 kakitangan di Singapura, mendedahkan bahawa ia merancang untuk mengembangkan pasukan kejuruteraannya yang berpangkalan di Singapura sebanyak 50 peratus. Ia juga sedang mencari bakat bagi pelbagai jenis kejuruteraan, termasuk bidang perhubungan, motor, sensor, robotik dan sofwe.

Pusat baru itu juga bakal mewujudkan lagi 190 pekerjaan dalam masa lima tahun akan datang. 

- CNA/im

Komen Anda?

Top
>