Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Teo: Persatuan, dewan perdagangan boleh mainkan peranan penting dalam ekonomi S'pura

Sedang Singapura melangkah ke arah masa hadapan, persatuan-persatuan dan dewan perdagangan boleh memainkan peranan yang penting dalam ekonomi negara, kata Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean hari ini (15 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
DPM Teo: Persatuan, dewan perdagangan boleh mainkan peranan penting dalam ekonomi S'pura

DPM Teo Chee Hean menyaksikan Encik Ronald Ng (kiri) mengambil alih Encik Thomas Chua sebagai Presiden SCCCI. (Gambar: Dylan Loh)

Diterbitkan : 15 Mar 2017 01:22PM Dikemas Kini : 15 Mar 2017 01:23PM

SINGAPURA: Sedang Singapura melangkah ke arah masa hadapan, persatuan-persatuan dan dewan perdagangan boleh memainkan peranan yang penting dalam ekonomi negara, kata Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean hari ini (15 Mac).

Kumpulan-kumpulan perniagaan itu boleh membantu para anggotanya berubah, berinovasi dan melangkah ke pasaran-pasaran baru sebagai peneraju industri masing-masing, kata Encik Teo dalam ucapannya di sebuah acara untuk menandakan perubahan pada tampuk kepimpinan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI).

Pengarah Urusan Tat Hong Holdings Ronald Ng mengambil alih jawatan Presiden Majlis SCCCI yang ke-59, daripada Thomas Chua, pengarah urusan Industrial Corp.

Encik Teo berkata SCCCI sudah menjadi penyokong utama transformasi, inovasi dan pengantarabangsaan, dan sudah membantu perniagaan-perniagaan tempatan memberikan maklum balas dan saranan.

"Saya menggalak lebih banyak persatuan dan dewan perdagangan supaya tampil ke hadapan untuk membantu para anggota dalam tempoh peralihan ekonomi ini. Pemerintah faham cabaran-cabarannya, terutama bagi syarikat-syarikat lebih kecil dan pekerja lebih tua," kata Encik Teo.

"Dengan bekerjasama - agensi-agensi Pemerintah dengan kesatuan, persatuan perdagangan dengan para pekerja - kami boleh membangunkan keupayaan-keupayaan baru, inovasi baru dan pasaran-pasaran baru."

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan