Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dolar S'pura melepasi RM3.17 dalam satu lagi rekod tinggi

Nilai dolar Singapura sudah mencatatkan satu lagi paras rekod berbanding ringgit Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Dolar S'pura melepasi RM3.17 dalam satu lagi rekod tinggi

(Gambar hiasan: Bazuki Muhammad/Reuters)

Diterbitkan : 28 Feb 2017 05:34PM Dikemas Kini : 28 Feb 2017 05:37PM

SINGAPURA: Nilai dolar Singapura sudah mencatatkan satu lagi paras rekod berbanding ringgit Malaysia.

Nilainya mencecah rekod RM3.1728 bagi setiap S$1 sekitar 1.50 tengah hari tadi (28 Feb), menurut data Bloomberg.

Ini berlaku hanya empat hari setelah dolar Singapura melepasi RM3.16.

Menjelang 4.00 petang, kadar pertukaran kembali melemah kepada RM3.1699 bagi setiap S$1. Kadar pertukaran pada 4.00 petang bagaimanapun masih 0.46 peratus lebih tinggi berbanding pada permulaan sesi dagang.

Mata-mata wang Asia tidak banyak berubah berbanding dolar Amerika hari ini, dengan nilainya lebih rendah berbanding nilai tinggi yang dicapainya baru-baru ini, sedang para pelabur menunggu ucapan Presiden AS Donald Trump kepada Kongres untuk mendapatkan petanda-petanda tentang penyusunan semula cukai dan perbelanjaan infrastruktur.

Nilai dolar Singapura stabil pada 1.4036 bagi setiap AS$1, setelah melemah berbanding nilai tinggi 1.4000 semalam, iaitu yang tertinggi sejak 10 November.

Ringgit pula merosot 0.14 peratus berbanding dolar AS.

Sumber : Today/Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan