Dnata buka pangkalan penyenggaraan terbaru di Lapangan Terbang Changi
Kemudahan terbaru Dnata dibuka sedang ia merancang untuk meluaskan pejabatnya di Singapura.
SINGAPURA: Penyedia perkhidmatan kiriman udara terbesar di dunia, membuka pangkalan penyenggaraan terbarunya di Lapangan Terbang Changi.
Dnata membuka rasmi kemudahan bernilai $16 juta hari ini (7 Jul).
Seluas hampir 7,000 meter persegi, pangkalan penyenggaraan itu 1,000 meter persegi lebih luas berbanding kemudahan yang ada sekarang.
Ini meningkatkan keupayaannya untuk mengendalikan kegiatan pembaikan dan penyenggaraan sebanyak tiga kali ganda - daripada 3,000 kes setahun kepada lebih 9,000 kes.
Dnata juga percaya daya penghasilan kakitangannya dijangka meningkat sekitar 30% hasil rekaan bangunan yang lebih baik serta ciri-ciri baru yang meningkatkan keberkesanan operasinya.
Kemudahan terbaru Dnata dibuka sedang ia merancang untuk meluaskan pejabatnya di Singapura.
Lapangan Terbang Changi pula bakal membuka dua lagi terminal baru.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.