Images
  • pavillion energy
    Satu demonstrasi memindahkan gas asli cecair (LNG) kepada sebuah kapal. (Gambar: Pavilion Energy)

Demonstrasi pindahkan LNG pertama kali dari pelabuhan ke kapal di S'pura

SINGAPURA: Satu demonstrasi memindahkan gas asli cecair (LNG) kepada sebuah kapal dijalankan hari ini (2 Mei) - buat pertama kalinya gas asli dibekalkan kepada sebuah kapal dari sebuah pelabuhan Asia Tenggara.

Proses itu melibatkan pemindahan gas berkenaan daripada sebuah trak kepada sebuah kapal di pelabuhan Jurong Port.

Demonstrasi itu dijalankan Pavilion Energy, salah satu daripada dua syarikat yang berlesen sebagai pembekal bunker LNG di Singapura.

Sebagai hab bunker atau pengisian bahan api terbesar di dunia, rancangan-rancangan untuk membangunkan Singapura menjadi hab pengisian bahan api dan perdagangan LNG, dan menjadi mesra bunker LNG seawal 2020, sedang dijalankan.

Ini termasuk sokongan dana sebanyak S$12 juta bagi pembangunan kapal-kapal berisi LNG, dengan pendanaan bersama Pemerintah sehingga S$2 juta setiap kapal berisi LNG.

Pada 12 April, kemudahan pemunggahan trak LNG pertama Singapura juga dilancarkan. 

- CNA/ru

Komen Anda?

Top