Images
  • manufacturing
    Sebuah kemudahan pengilangan di Singapura. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

Daya penghasilan perusahaan S'pura kuncup 2.6% pada Januari

SINGAPURA: Daya penghasilan perusahaan Singapura pada bulan Januari dijangka mengecut selepas peningkatan tetap bulanan, menurut satu tinjauan Reuters.

Ini walaupun para penganalisis meramalkan sektor elektronik melanjutkan peningkatan sektor tersebut.

Satu tinjauan Reuters oleh 12 penganalisis meramalkan daya penghasilan perindustrian bulan Januari menguncup 2.6 peratus berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, selepas meningkat 6.4 peratus pada bulan Disember.

Daya penghasilan dijangka naik 8.4 peratus pada dasar tahun ke tahun, menurut unjuran median.

Daya penghasilan perindustrian Singapura pada bulan Disember meningkat di paras yang baik selama lima tahun, disebabkan peralihan global ke arah teknologi baru yang menyumbang kepada pertumbuhan pengilangan elektronik di Singapura. 

- Reuters/ru

Komen Anda?

Top
>