Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Dana teknologi Softbank-Saudi yang terbesar di dunia dengan modal AS$93 bilion

Dana ekuiti swasta terbesar di dunia yang disokong kumpulan syarikat Jepun, Softbank Group dan dana pelaburan milik kerajaan Arab Saudi berjaya mengumpulkan lebih AS$93 bilion (S$128 bilion) untuk melabur.

Anggaran Waktu Membaca:
Dana teknologi Softbank-Saudi yang terbesar di dunia dengan modal AS$93 bilion

Gambar fail logo SoftBank Corp di Tokyo. (Gambar: REUTERS/Toru Hanai/File Photo)

Diterbitkan : 22 May 2017 10:33PM Dikemas Kini : 22 May 2017 10:35PM

RIYADH: Dana ekuiti swasta terbesar di dunia yang disokong kumpulan syarikat Jepun, Softbank Group dan dana pelaburan milik kerajaan Arab Saudi berjaya mengumpulkan lebih AS$93 bilion (S$128 bilion) untuk melabur dalam sektor-sektor teknologi seperti kecerdasan buatan atau 'artificial intelligence' dan robotiks.

Dalam satu kenyataan, Dana Visi Softbank menyatakan: "Tahap selanjut Revolusi Maklumat sedang berlaku dan membangunkan perniagaan-perniagaan yang akan menjadikan teknologi itu satu kenyataan memerlukan pelaburan jangka panjang yang berskala besar."

Selain Softbank dan Dana Pelaburan Awam Arab Saudi, para pelabur baru dana itu termasuk syarikat Pelaburan Mubadala Abu Dhabi yang mengikrarkan sebanyak AS$15 bilion (S$21 bilion) serta syarikat teknologi gergasi Apple Inc.

Sumber : Reuters/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan