Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

CPI S'pura kekal tidak berubah pada bulan Mac

Indeks harga pengguna (CPI) - kayu ukur penting bagi inflasi tegar - adalah 0.7 peratus pada bulan Mac, tidak berubah berbanding bulan sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Apr 2017 02:07PM Dikemas Kini : 24 Apr 2017 10:02PM

SINGAPURA: Harga pengguna di Singapura kekal tidak berubah pada bulan Mac selepas mencatat peningkatan buat tiga bulan berturut-turut, menurut perangkaan dari Jabatan Statistik hari ini (24 Apr).

Indeks harga pengguna (CPI) - kayu ukur penting bagi inflasi tegar - adalah 0.7 peratus pada bulan Mac, tidak berubah berbanding bulan sebelumnya.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menyatakan sebahagian besar pemacu inflasi serupa dengan bulan Februari, dengan pengangkutan darat privet turun sedikit dari 7.1 peratus kepada 6.9 peratus.

Ini selepas harga kereta dan motosikal yang meningkat pada rentak yang pantas, diimbangi dengan kenaikan lebih kecil pada harga petrol, menurut MAS dan MTI dalam satu kenyataan media.

Inflasi perkhdimatan naik dari 1.5 peratus pada bulan Februari kepada 1.6 peratus pada bulan Mac, sementara inflasi makanan tidak berubah pada 1.3 peratus.

Inflasi bagi kos penginapan jatuh 4 peratus, kadar kejatuhan yang serupa dengan bulan sebelumnya, disebabkan prestasi lembab dalam pasaran sewa rumah, tambah MAS dan MTI.

Sementara itu, Inflasi Teras MAS mencatat 1.2 peratus pada bulan Mac, sama seperti bulan sebelumnya, walaupun naik turun harga bagi komponen-komponen asas untuk CPI stabil, menurut kenyataan media berkenaan. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan