Images
  • cathay pacific
    Syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific. (Gambar fail: AFP/Anthony Wallace)

Cathay Pacific berhentikan 600 pekerja, termasuk kakitangan pengurusan

HONG KONG: Syarikat penerbangan Hong Kong Cathay Pacific Airways Ltd menyatakan pada Isnin (22 Mei) bahawa pihaknya akan memberhentikan sekitar 600 kakitangan.

Ini termasuk 190 kakitangan pengurusan dan 400 kakitangan bukan pengurusan menjelang pertengahan bulan Jun.

Cathay Pacific mendedahkan bahawa tiada pekerja barisan depan, juruterbang atau anak kapal yang terjejas oleh pengumuman tersebut.

Pada bulan Mac, Cathay Pacific menyatakan dalam memonya bahawa ia merancang untuk mengurangkan kos bagi peranan pengurusan kanan dan pertengahan di pejabat utama Hong Kong sebanyak 30 peratus.

Memo itu turut dikeluarkan sehari selepas syarikat tersebut dilaporkan mengalami kerugiannya yang pertama sejak 2008.

- Reuters/im

Komen Anda?

Top