Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Capitaland buka pusat beli belah 3 kali lebih besar daripada Ion Orchard di Suzhou

Pemaju hartanah, CapitaLand, membuka pusat beli belah terbesar dalam portfolionya. Dipanggil Suzhou Center Mall, pusat beli belah itu juga yang pertama baginya di Suzhou, timur China. 

Anggaran Waktu Membaca:
Capitaland buka pusat beli belah 3 kali lebih besar daripada Ion Orchard di Suzhou

CapitaLand membuka Suzhou Centre Mall, pusat beli-belah terbesar di bandar tersebut. (Gambar: CapitaLand)

Diterbitkan : 13 Nov 2017 03:45PM Dikemas Kini : 13 Nov 2017 03:52PM

SINGAPURA: Pemaju hartanah, CapitaLand, membuka pusat beli belah terbesar dalam portfolionya. Dipanggil Suzhou Center Mall, pusat beli belah itu juga yang pertama baginya di Suzhou, timur China.

Terletak di pusat bandar (CBD) Taman Perusahaan Suzhou, bersebelahan dengan Tasik Jinji dan pusat bandar Suzhou lama, hartanah tersebut merupakan yang terbesar di bandar itu, dengan kawasan lantai keseluruhan (GFA) tidak termasuk tempat meletak kereta hampir 300,000 meter persegi. Keluasan tersebut adalah tiga kali lebih besar berbanding ION Orchard Singapore, menurut kenyataan medianya hari ini (13 Nov).

Ia turut menempatkan empat bangunan pejabat Gred A, dua bangunan kediaman mewah dan Hotel W Suzhuo, semuanya terhubung.

CapitaLand, dengan syarikat perniagaan beli-belahnya CapitaLand Mall Asia, adalah pemilik bersama dan pemaju hartanah bersama bagi pusat beli-belah itu dan dua bangunan pejabat setinggi 21 tingkat.

Sekitar 30 peratus kedai adalah perniagaan baru di Suzhou, termasuk Victoria's Secret, Forever 21 dan kedai perabot HAY.

Selain daripada kedai-kedai fesyen dan gaya hidup, ia turut menempatkan lebih daripada 170 pilihan kedai makanan dan minuman.

Malah terdapat juga zon kanak-kanak di tingkat tiga seluas 16,000 meter persegi yang menawarkan pilihan hiburan dan pendidikan bagi keluarga yang mempunyai kanak-kanak.

Sebuah galeri seni juga diadakan bagi peminat seni.  

Sumber : CNA/FA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan