Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bursa saham Asia diramal terus terjejas dek ketegangan AS-Syria

Bursa-bursa saham di Asia mengambil sikap berhati-hati, sedang risiko geopolitik semakin meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Bursa saham Asia diramal terus terjejas dek ketegangan AS-Syria

Mata wang Singapura. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 10 Apr 2017 03:25PM Dikemas Kini : 10 Apr 2017 03:30PM

HONG KONG: Bursa-bursa saham di Asia mengambil sikap berhati-hati, sedang risiko geopolitik semakin meningkat.

Ini diburukkan lagi dengan para pelabur yang memutuskan untuk menjauhkan diri daripada aset-aset berisiko dan sebaliknya memilih untuk melabur dalam aset-aset pemerintah.

Para penasihat kanan Presiden Donald Trump bagaimanapun berpegang pada pandangan yang berbeza semalam (9 April) berhubung hala tuju dasar Amerika Syarikat (AS) berhubung serangan Amerika terhadap sebuah pangkalan udara di Syria pada minggu lalu.

Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson memberi amaran bahawa serangan tersebut merupakan satu amaran kepada negara-negara lain, termasuk Korea Utara.

Sebuah pasukan tentera laut AS sedang menuju ke bahagian barat Lautan Pasifik berhampiran Semenanjung Korea.

Menurut seorang pegawai AS, serangan itu juga bermatlamat untuk menunjukkan kekuatan negara itu, lebih-lebih lagi terhadap Korea Utara yang masih meneruskan program senjata nuklearnya.

Indeks MSCI bagi rantau Asia Pasifik di luar Jepun dibuka lebih rendah, jatuh 0.4 peratus pada Jumaat lalu.

Data itu juga agak suram kerana indeks-indeks utama AS ditutup bercampur-campur menyusuli laporan pekerjaan yang menunjukkan ekonomi menokok 98,000 pekerjaan pada bulan Mac.

Jumlah itu merupakan yang terendah sejak bulan Mei tahun lalu. Ia juga lebih rendah daripada ramalan para ahli ekonomi yang menjangkakan sebanyak 180,000 pekerjaan.

Harga minyak kekal pada harga AS$52.50 (S$73.86) setong, meskipun ia berisiko terus menjejas rantau Timur Tengah

Sumber : Reuters/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan