Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Belanjawan 2017: Langkah-langkah pertingkat kerjasama, galak inovasi

Pelbagai langkah untuk memperkukuhkan lagi kerjasama antara Pemerintah dan pihak-pihak berkepentingan serta menghasilkan inovasi didedahkan dalam Belanjawan 2017 hari ini (20 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Belanjawan 2017: Langkah-langkah pertingkat kerjasama, galak inovasi

Kawasan pusat bandar Singapura. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 20 Feb 2017 09:58PM Dikemas Kini : 20 Feb 2017 11:14PM

SINGAPURA: Pelbagai langkah untuk memperkukuhkan lagi kerjasama antara Pemerintah dan pihak-pihak berkepentingan serta menghasilkan inovasi didedahkan dalam Belanjawan 2017 hari ini (20 Feb).

Perancangan Perubahan Industri (ITM) merupakan salah satu inisiatif untuk secara sistematik memudahkan perkongsian, kata Menteri Kewangan Heng Swe Keat.

Didedahkan semasa Belanjawan tahun lalu, pakej S$4.5 bilion itu bertujuan menghimpunkan pelbagia pihak berkepentingan seperti Persatuan-Persatuan dan Dewan-Dewan Perniagaan (TAC), kesatuan dan Pemerintah, untuk menyelaraskan usaha bagi merubah setiap sektor. Enam ITM sudah dilancarkan sejauh ini dan Encik Heng berkata hala-hala tuju pembangunan untuk baki 17 sektor akan dilancarkan dalam Tahun Kewangan 2017.

"ITM membantu kami mengenal pasti pihak-pihak penting yang membolehkan inisiatif ini dijalankan, yang melibatkan pihak-pihak berkepentingan yang berbeza, untuk merubah sektor-sektor," katanya.

"Contohnya, Pusat Inovasi bagi Pengurusan Rangkaian Bekalan di Politeknik Republik bekerjasama dengan syarikat-syarikat untuk mempertingkatkan keupayaan mereka dan memberikan pelajar pengalaman amali."

Selain memastikan ITM kekal fleksibel sejajar dengan peluang-peluang baru, sinergi antara ITM yang ada kaitan antara satu sama lain mesti dimaksikumkan, sementara TAC dan kesatuan-kesatuan memainkan peranan penting dalam kejayaan rancangan-rancangan pembangunan ini.

Encik Heng memberi contoh Singtel, yang sudah melatih para kakitangan khidmat IT untuk peranan-peranan keselamatan siber, dan sedang bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dalam program Sekutu Keselamatan Siber dan Ahli Teknologi untuk membangunkan bakat-bakat pertengahan kerjaya bagi industri keselamatan siber yang lebih meluas.

Syarikat telko tempatan itu juga sudah melancarkan Institut Keselamatan Siber untuk melatih para karyawan teknikal dan pengurusan untuk mengendalikan dengan lebih baik sebarang pencerobohan siber, dan sedang mendampingi para pelajar menerusi program-program bekerja sambil belajar.

Selain itu, pemerintah akan memperkenalkan Dana Produktiviti Pembinaan Sektor Awam, bernilai sekitar S$150 juta, dalam sektor binaan.

"Ini akan membolehkan agensi-agensi pemerintah mendapatkan huraian-huraian inovatif dan produktif, yang mungkin mempunyai kos lebih tinggi kerana mungkin ia baru dan berskala kecil. Dana ini akan membolehkan huraian-huraian ini memasuki dan mendapat perhatian dalam pasaran-pasaran," kata Encik Heng.

LEBIH BANYAK SOKONGAN PEMBIAYAAN

Untuk mempertingkatkan usaha-usaha inovatif, pemerintah akan memberi tokokan kepada Dana Penyelidikan Kebangsaan sebanyak S$500 juta. Dana Produktiviti Nasional juga akan menerima lagi S$1 bilion untuk menyokong perubahan industri, umum Encik Heng.

Keseluruhannya, pemerintah akan mengetepikan S$2.4 bilion sepanjang empat tahun mendatang untuk melaksanakan strategi-strategi yang diumumkan Jawatankuasa Ekonomi Masa Hadapan (CFE) dua minggu lalu.

Jumlah itu melebihi S$4.5 bilion yang diketepikan tahun lalu bagi Program Perubahan Industri, kata Encik Heng. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan