Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Banyak syarikat baru teknologi tembus sektor pendidikan S'pura

Terdapat sekumpulan baru usahawan teknologi yang ingin memenuhi penekanan negara terhadap pendidikan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Banyak syarikat baru teknologi tembus sektor pendidikan S'pura

Cik Betty Zhou (kiri) dan Encik Ong Ze Xuan (kanan) pengasas aplikasi subjek matematik, Miao. (Gambar: Tang See Kit)

Diterbitkan : 28 Feb 2017 01:50PM Dikemas Kini : 28 Feb 2017 01:51PM

SINGAPURA: Terdapat sekumpulan baru usahawan teknologi yang ingin memenuhi penekanan negara terhadap pendidikan.

Ini dengan membangunkan bahan-bahan bantuan kerja rumah yang automatik, ruang pasaran online bagi mencari dan menempah tutor, dan juga menggunakan analisis data bagi mencuba nasib memohon tempat di maktab luar negara.

Syarikat-syarikat baru teknologi pendidikan (edtech) ini berharap untuk "mengganggu" pasaran menguntungkan yang terus berkembang dengan pesat.

Hanya pada tahun 2013, sektor itu mula aktif dengan syarikat gergasi teknologi, termasuk Apple dan Google, mula mengorak langkah ke dalam sektor itu.

Di Singapura bagaimanapun, gangguan sebegitu baru saja bermula.

Walaupun beberapa syarikat baru masih cuba bertapak di Singapura, ada di kalangan mereka yang sudah mula mempertimbangkan nasib di pasaran luar negara.

Syarikat Cialfo mula memasuki pasaran China pada suku keempat tahun 2016, dengan menawarkan platform teknologinya kepada syarikat pakar runding pendidikan dan sekolah-sekolah menengah di pasaran itu.

Ia juga merancang untuk menembusi satu lagi pasaran Asia yang kian tumbuh, India, pada jangka masa terdekat.

Bagi syarikat baru Miao, walaupun ia belum ada rancangan khusus untuk menebarkan sayap di luar negara, aplikasi itu sudah menyaksikan banyak pengguna dari Amerika Syarikat dan Britain.

Salah satu sebabnya adalah jenama sistem pendidikan Singapura yang kukuh. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan