Images
  • Symposium

Bank Federal AS ambil pendekatan bertahap-tahap tangani isu kadar faedah

SINGAPURA: Bank Simpanan Federal Amerika mahu menggunakan pendekatan yang "bertahap-tahap" dan "telus" mengenai isu kadar faedah.

Presiden dan Ketua Eksekutif Bank Simpanan Federal Amerika John Williams, berkata demikian sebagai pendapat peribadinya ketika menyampaikan ucapan dasar di Simposium Perbankan Asia dan Kewangan, anjuran Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Encik Williams berkata matlamat dasar kewangan Amerika harus memastikan "pertumbuhan ekonomi berada pada asas yang berkekalan selama mungkin".

Meskipun Bank Simpanan Federal Amerika dalam laluan yang betul, Encik Williams menambah pihaknya tidak menolak penyesuaian kepada dasarnya.

Ini termasuk langkah menaikkan kadar faedah dengan lebih cepat jika inflasi atau kadar pengangguran naik lebih cepat.

- Agensi berita/nk

Komen Anda?

Top