Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

AS siasat keputusan tarik balik 1.7 juta kenderaan Hyundai, Kia

Pada 2015, Hyundai memanggil balik 470,000 kereta Sonata sedan disebabkan masalah enjin yang boleh menyebabkan kenderaan terhenti tiba-tiba.

Anggaran Waktu Membaca:
AS siasat keputusan tarik balik 1.7 juta kenderaan Hyundai, Kia

Gambar fail logo Hyundai di Amerika Syarikat. (Gambar: REUTERS/Rick Wilking)

Diterbitkan : 21 May 2017 07:26PM Dikemas Kini : 21 May 2017 07:28PM

AMERIKA SYARIKAT: Pihak berkuasa keselamatan Amerika Syarikat memulakan siasatan rasmi ke atas langkah memanggil balik hampir 1.7 juta kenderaan oleh syarikat Hyundai dan Kia disebabkan masalah enjin.

Pada 2015, Hyundai memanggil balik 470,000 kereta Sonata sedan disebabkan masalah enjin yang boleh menyebabkan kenderaan terhenti tiba-tiba.

Syarikat Hyundai di Seoul berkata gerakan memanggil balik kenderaan-kenderaan itu dijalankan mengikut peraturan Amerika dan pihaknya akan bekerjasama dalam siasatan tersebut.

Denda berat boleh dikenakan jika pihak Pentadbiran Keselamatan Trafik Amerika mendapati langkah memanggil balik kereta-kereta berkenaan tidak dilakukan dengan betul.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan