Images
  • hp
    iPhone 7 dan logo syarikat. (Gambar: REUTERS/Regis Duvignau)

Apple dedah model baru iPhone pada 12 Sep

SAN FRANCISCO: Apple mengeluarkan undangan pada hari Khamis (31 Ogos) bagi satu acara media pada 12 September di mana gergasi teknologi Amerika Syarikat itu dijangka mendedahkan model-model baru iPhone sempena ulang tahun ke-10 syarikat itu.

Acara yang amat dinanti-nantikan itu adalah yang pertama diadakan di Teater Steve Jobs yang terletak di Silicon Valley.

Dengan caranya yang unik dan tersendiri, Apple tidak mendedahkan butiran lanjut tentang model-model baru dalam undangannya kepada para tetamu.

Apple juga semakin tertekan untuk mengeluarkan model-model yang menyerlah, sedang pereka iPhone itu mencari cara-cara untuk terus mengukuhkan imejnya sebagai peneraju inovasi dalam pasaran global yang mula menunjukkan tanda-tanda kelembapan.

"Jelas sekali, Apple mahu melakukan sesuatu yang berbeza sempena ulang tahun ke-10" iPhone, kata penganalisis NPD Group Stephen Baker kepada AFP.

Menurut sesetengah laporan, iPhone baru itu akan mempunyai skrin berkualiti tinggi, cuping telinga telefon yang unik dan kamera tambahan yang menyokong pengecaman wajah 3D dan selfie.

Apple juga enggan memberikan komen mengenai khabar angin yang mendakwa sehingga tiga model baru akan dilancarkan termasuk satu model premium yang dijangka dijual pada harga seribu dolar Amerika.


- CNA/NA/na

Komen Anda?

Top