Images
  • air asia
    AirAsia (China)akan melabur dalam prasarana penerbangan termasuk sebuah terminal di lapangan terbang China. (Gambar: The Malaysian Insider)

AirAsia tubuh syarikat penerbangan tambang di China

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah Malaysia AirAsia memeterai perjanjian usaha sama dengan China pada hari Ahad (14 Mei) untuk menubuhkan syarikat penerbangan tambang murah (LCC), berpangkalan Zhengzhou, bandar di bahagian tengah China.

AirAsia (China) merupakan usaha sama antara AirAsia, dengan kumpulan syarikat Everbright yang didukung pemerintah serta Henan Government Working Group, menurut syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Ia disaksikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang kini dalam lawatan kerja selama lima hari di China.

AirAsia (China) akan melabur dalam prasarana penerbangan termasuk terminal LCC di lapangan terbang ZhengZhou dan akademi penerbangan untuk melatih juruterbang, krew kabin dan jurutera, serta kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan ubah elok pesawat, kata kenyataan itu.

"Kerjasama di China ini mewakili kepingan 'puzzle' AirAsia yang terakhir.Dalam tempoh 16 tahun, kami berjaya membina kehadiran di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, India dan Jepun, dengan China melengkapkan lingkaran dalam semua wilayah utama di Asia Pasifik,"kata Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes. 

- TODAY/ns

Komen Anda?

Top